Resepi yg amat simple dan ringkas:
3 cawan gandum
2 sudu besar mentega ( kalu rajin panaskan dulu mentega ni , kalu tak pun boleh )
1 cawan air
secubit garam
cara-cara:
1. ramaskan mentega bersama2 dgn gandum tadi sehingga sebati
2. Tuangkan air yg dah dicampur garam sedikit demi sedikit
3. Di uli sehingga menjadi doh pastry
di biarkan sebentar
Inti:
2 biji keledek merah dipotong dadu kecil
300g daging cincang
2 biji bawang dipotong dadu
serbuk kari secukup rasa
gula dan garam secukup rasa
cara-cara:
1. tumis bawang dadu hingga naik bau
2. masukkan daging cincang dan keledek
3. Kacau sehingga separa masak, taburkan serbuk kari ikut suka
4. garam dan gula. digaul bersama
5. tutup for about 15 minits, kecilkan api
6.kacau sehingga keldek lembut....
then dah siap semua.... epok2 ni selalunya berbentuk bulat ye......tp yg kat atas tu buat bentuk biasa.....