Thursday, June 30, 2011

Soprano sudah kembali..... soprano????? bukan sombrono???

Not even a month... Makan Malam Hari Wanita akan diadakan, dan ianya akan dihadiri oleh Yang Dipertuan Permaisuri Agung ynang anggun jelita... tak sabar rasanya ingin bersua muka dan bersalam dengan tuanku.. mesti korang tanya apa kebende kaitan dinner tu dgn tajuk di atas???? jangan x caya!!!! setelah 28 tahun berlalu, aku kembali menyertai koir... iyeee koir... tak caya? koir yg diwakili oleh persatuan2 NGO atau lebih kepada NWCO....

Ya Allah.. mulanya mcm x leh nk kuar suara,... klu karok aku ok jek ni koir.... koyak aku....tp Alhamdullilah selepas beberapa kali menyanyikan lagu2 yg diberi aku dah mula mendapat lenggok lagu..... tp aku tetap sombrono.. sbb suara soprano ku rasnya dh lama menyembunyikan diri... nanti bila tiba masanya aku akan sabung citer pasal ni ek....

Tuesday, June 28, 2011

Resepi Kerang Rebus


Haaaa.... jangan pandang remeh pada kerang rebus.... salah rebus, isi kerang keras dan dah tak fresh lagi...... Untuk pastikan kerang yg direbus tu lembut dan segar.... first and foremost kenalah beli kerang yang segar...- tak reti2????

Resepi:\

Sekilo Kerang segar ( yg telah dicuci/disental bersih)
potongan halia
potongan bawang merah
dan juga beberapa biji ulas bawang putih yg telah di ketepek ( apa tu???? alaaa yg telah dipenyekkan leer )
1 - 2 batang serai yang telah dititik
garam

rebuskan air ( agak2 3/4 periuk yg besar sket lah... jangan lah pulok guna periuk besar macam nak masak kendhuri)
masukkan semua bahan2 yg disebut di atas... rebus sehingga air dah menggelegak
padamkan api, masukkan kerang.... dalam 5 minit.... dan angkat dan tos....... bolehkan


Sos - nak cepat dan senang gunakan sos ala thai dan perahkan sedikit limau nipis dan taburkan kacang tanah yg telah di tumbuk....... perrrgghhhh sedap babe

kalau rajin:

5 biji cili merah
5 biji cili padi merah
2 ulas bawang putih
1 biji limau nipis
gula
garam
kacang tanah - ditumbuk

kesemuanya ditumbuk lumat... keluarkan dan perahkan limau nipis dan leatk sedikit air masak... sikit je.. asal bagi sosnya cair sikit.... letak gula & garam.... dan taburkan kacang....

Monday, June 27, 2011

Ayam Masak Asam Pedas Johor Style ( actually more to Noni's style... hehehehe )


Wallah.... sedapnya tadi menikmati ayam asam pedas ni dgn rojak petis... masakan yang senang dan simple, cepat dimasak pun ye. Asam pedas ni banyak cara orang masak so kali ni noni akan bagi resepi cara noni masak ek.... cara Johor atau lebih kepada ala Noni..... :


seekor ayam ( dibasuh bersih2... kalau nak buang kulit pun boleh)

Cili kering digiling dgn sedikit garam ( yg ni ikut suka, noni sekali giling 1 kg dan gunakan 3 senduk )
3 biji bawang merah*
7 ulas bawang putih*
4 cm halia *
* dikisar sekali
setangkai serai
daun kesum ( ikut suka banyak mana)
kerisik ( optional )
air asam jawa ( sedap kalu ianya pekat )
gula
garam

Cara2 memasak:

1) Rendamkan dulu ayam tadi dgn air asam yg pekat. ( tips - ayam hendaklah ditenggelami semua dgn air asam)

2) Tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga naik bau dan masukkan serai

3) masukkan cili giling tadi dan biarkan sekejap sehingga pecah minyak

4) Masukkan kesemua ayam ke dalam tumisan tadi dan biarkan sehingga air ayam kelihatan dlam masakan ( ini yg buat masakan lebih sedap babe ) - kacau sekejap2 agar tumisan x melekat di periuk

5) masukkan daun kesum, biarkan sekejap

6) masukkan air asam tadi, biarkan sehingga mendidih

7) kemudian masukkan kerisik, kacau sehingga rata, masukkan pula gula, garam....

dan kalau nak lagi pedas menyengat, taburkan serbuk lada hitam ikut citarasa.....


Wallah./..... senang kan......