Haaaa.... jangan pandang remeh pada kerang rebus.... salah rebus, isi kerang keras dan dah tak fresh lagi...... Untuk pastikan kerang yg direbus tu lembut dan segar.... first and foremost kenalah beli kerang yang segar...- tak reti2????
Resepi:\
Sekilo Kerang segar ( yg telah dicuci/disental bersih)
potongan halia
potongan bawang merah
dan juga beberapa biji ulas bawang putih yg telah di ketepek ( apa tu???? alaaa yg telah dipenyekkan leer )
1 - 2 batang serai yang telah dititik
garam
rebuskan air ( agak2 3/4 periuk yg besar sket lah... jangan lah pulok guna periuk besar macam nak masak kendhuri)
masukkan semua bahan2 yg disebut di atas... rebus sehingga air dah menggelegak
padamkan api, masukkan kerang.... dalam 5 minit.... dan angkat dan tos....... bolehkan
Sos - nak cepat dan senang gunakan sos ala thai dan perahkan sedikit limau nipis dan taburkan kacang tanah yg telah di tumbuk....... perrrgghhhh sedap babe
kalau rajin:
5 biji cili merah
5 biji cili padi merah
2 ulas bawang putih
1 biji limau nipis
gula
garam
kacang tanah - ditumbuk
kesemuanya ditumbuk lumat... keluarkan dan perahkan limau nipis dan leatk sedikit air masak... sikit je.. asal bagi sosnya cair sikit.... letak gula & garam.... dan taburkan kacang....
No comments:
Post a Comment