Nasi Lemak oooo nasi lemak..... disebabkan oleh vitamin "M" yg teramat tebal, maka hari ni noni masak nasi lemak je lah.... nasi lemak ringkas dan mudah. lagi pun baru je malam tadi dr Pontian so nak masak apa yang ada di esbox (peti ais ).....timun ada sikit... boleh lah walaupun dh x fresh sgt.... ... ok lets look at the recipe :
Nasi Lemak
4 pot beras ( beras biasa pun ok je... ada yg guna bras wangi/ brasmathi )
air secukupnya
garam secukupnya
6cm halia ( dikepek )
1 biji bawang merah
sedikit halba ( optional )
daun pandan
Cara memasak:
beras dah dibasuh secukupnya, tambahkan air mcm kita nak masak nasi biasa, letakkan halia, bawang, garam, halba dan daun pandan........ wala masak dlm periuk nasi elektrik....mudahkan???
Sambal tumis Ikan Bilis
150g cili kering ( dikisar halus ) tepikan ( kalau nak pedas banyakkan cili kering )
100g ikan bilis ( dikisar halus ) tepikan (2)
2 biji bawang merah }
6 biji bawang putih } dikisar bersama (3)
5 biji cili padi }
air asam scukupnya
gula dan garam secukupnya
minyak secukupnya
cara memasak :
1)panaskan minyak
2) tumiskan cili kisar sehingga naik minyak
3) masukkan bahan kisar (3), dikacau sehingga naik minyak
4) masukkan air asam jawa , kacau sehingga kering sedikit
5) masukkan ikan bilis kisar, gula dan garam
biarkan ia kering dan keluar minyak... klu terlalu kering boleh tmbahkan minyak...
tak payah tambah ikan bilis atau bawang potong.......
yg lain2,,, telur rebus, kacang tanah goreng, ikan bilis goreng....