Thursday, October 27, 2011

SAYUR BENING BETIK WITH DAUN KUNYIT N DAUN SELASIH




1 biji betik muda /separa masak
ikan bilis ditumbuk halus bersama lada hitam
daun selasih
daun kunyit

rebuskan semua sekali..... dh agak2 betik lembut, letakkan sedikit garam dan gula...... senang sgt.... tp sedap. akak suka dgn penggunaan lada hitam yg bayk dlm masakan ni... boleh memanaskan badan... tahu kah anda ( eh cewah ) bahawa betik ni salah satu buah yg panas????

Tuesday, October 11, 2011

Grilled Shoulder Lamb ala Fajitas


5-6 ketul lamb shoulder - di perap dlm 1-2 jam dgn sos tiram dan black pepper sos n sedikit bbq sos.... taburkan garam dan sedikit gula ( pengganti ajinomoto )

1/2 biji capsicum hijau - di potong panjang2
1/2 biji capsicum merah/kuning - di potong panjang2
1 biji bawang kuning - juga potong panjang
1-2 biji cili merah
2 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar

grillkan lamb tad menggunakan grill pan ( boleh beli kt ikea ek RM79.00) sehingga masak lah kan... renjis2 ek dgn olive oli yg dara tauuuu
dah masak then alihkan dulu...

letakkan sedikit olive oil yg dara tuh.... then grillkan secara cepat.. api besar ye.... all d ingredients kt atas tadi....semuanya sekali arung.... gam dan gula sikit jek... n nk sedap lagi letakkan sikit lea perrins....jgn terlalu layu ek...... tehn masukkan dan gaulkan skali dgn lamb tadi....senang tp sedap... ala2 fajitas....

Sambal Belacan Tomato


Sambal belacan tomato.....

belacan dlm sebesar duit syiling 50 sen di bakar/digoreng ( ni lgi sedap )
cili padi dlm 10-15 biji ( ni kes pedas tahap meritus)
tomato 2 biji di potong dadu

buatmcm smbal belacan biasa.... dh tu lenyek2kan tomato tadi... klu dpt guna tomato muda yg masih keras2 tu.... letak gula n sedikit je garam... klu x tahan pedas, kurangkan cili atau tmbahkan lagi buah tomato

Lamanyer kita x update blog.....

Uish lama betul kita x update blog ni....... apa taknya masa raya penuh dah masa dgn keje2 tempahan .. jap lagi kita bg tips for kek ye..... saje lah

Monday, August 8, 2011

Epok-Epok Daging + Keledek




Resepi yg amat simple dan ringkas:

3 cawan gandum

2 sudu besar mentega ( kalu rajin panaskan dulu mentega ni , kalu tak pun boleh )

1 cawan air

secubit garam

cara-cara:

1. ramaskan mentega bersama2 dgn gandum tadi sehingga sebati

2. Tuangkan air yg dah dicampur garam sedikit demi sedikit

3. Di uli sehingga menjadi doh pastry

di biarkan sebentar

Inti:

2 biji keledek merah dipotong dadu kecil

300g daging cincang

2 biji bawang dipotong dadu

serbuk kari secukup rasa

gula dan garam secukup rasa

cara-cara:

1. tumis bawang dadu hingga naik bau

2. masukkan daging cincang dan keledek

3. Kacau sehingga separa masak, taburkan serbuk kari ikut suka

4. garam dan gula. digaul bersama

5. tutup for about 15 minits, kecilkan api

6.kacau sehingga keldek lembut....

then dah siap semua.... epok2 ni selalunya berbentuk bulat ye......tp yg kat atas tu buat bentuk biasa.....

Saturday, August 6, 2011

Roti Telur Sausage Roll


lagi satu resepi yg amat mudah... semua orang boleh buat pada bila2 masa......

resepinya :

1 paket sosej yg telah direbus terlebih dahulu( x kisahlah nk daging ke ayam ke janji beli yg halal tau)
1 bungkus roti sandwic ( akak suka guna roti gardenia... its do good to eat on its own... ni bukan promosi ek... x de commission pun)
2 - 3 biji telur
sedikit lada sulah
garam secukup rasa
minyak tuk menggoreng


cara2nya :

1) panaskan minyak
2) roti tu hendaklah digelekkan dulu agar ia nipis sikit so mudah lah kita nak menggulung nnti...
3) pukul telur, alaaa mcm nak buat telur dadar tu lah....campurkan sedikit lada sulah dan garam
4)gulungkan sosej dgn roti tadi then celupkan dlm telur tadi.....
5)pastikan minyak dh cukup panas sebelum menggoreng ek..
6) gorengkan roti gulung tadi... jgn lama2 nnt terlalu berminyak lah pulak
7) dah tu angkat dan tos........ walllah dah siap... tak senang gitu?????

Salam Ramadhan

assalamualaikum buat semua yg sedang membaca...... dan Salam Ramadhan, rasanya tidak terlambat lagi nak mengucapkannya kan...... maaflah dah lama x update entry... ada masakan2 cuma belum terupload.. hehehehehe......

Bulan Ramadhan adlah bulan yg cukup mulia dan bg peniaga2 pula bulan yang akan memberikan rezeki yg melimpah ruah , insyaallah , amin....


Sunday, July 24, 2011

Nasi Lemak


Nasi Lemak oooo nasi lemak..... disebabkan oleh vitamin "M" yg teramat tebal, maka hari ni noni masak nasi lemak je lah.... nasi lemak ringkas dan mudah. lagi pun baru je malam tadi dr Pontian so nak masak apa yang ada di esbox (peti ais ).....timun ada sikit... boleh lah walaupun dh x fresh sgt.... ... ok lets look at the recipe :

Nasi Lemak

4 pot beras ( beras biasa pun ok je... ada yg guna bras wangi/ brasmathi )
air secukupnya
garam secukupnya
6cm halia ( dikepek )
1 biji bawang merah
sedikit halba ( optional )
daun pandan

Cara memasak:
beras dah dibasuh secukupnya, tambahkan air mcm kita nak masak nasi biasa, letakkan halia, bawang, garam, halba dan daun pandan........ wala masak dlm periuk nasi elektrik....mudahkan???

Sambal tumis Ikan Bilis

150g cili kering ( dikisar halus ) tepikan ( kalau nak pedas banyakkan cili kering )
100g ikan bilis ( dikisar halus ) tepikan (2)
2 biji bawang merah }
6 biji bawang putih } dikisar bersama (3)
5 biji cili padi }
air asam scukupnya
gula dan garam secukupnya
minyak secukupnya

cara memasak :
1)panaskan minyak
2) tumiskan cili kisar sehingga naik minyak
3) masukkan bahan kisar (3), dikacau sehingga naik minyak
4) masukkan air asam jawa , kacau sehingga kering sedikit
5) masukkan ikan bilis kisar, gula dan garam

biarkan ia kering dan keluar minyak... klu terlalu kering boleh tmbahkan minyak...

tak payah tambah ikan bilis atau bawang potong.......

yg lain2,,, telur rebus, kacang tanah goreng, ikan bilis goreng....

Monday, July 4, 2011

Spaghetti Pedas Nenas


500 gm daging kisar - daging kisar fresh/daging kisar Ramly
3 biji bawang merah dipotong dadu kecil2
2 biji bawang kuning dipotong sayur... ala potong baji
1/4 nenas - dipotong dadu
3- 5 sudu besar cili giling (nak lebih pedas lebihkan cili ye )
1 bonggol ( ye ke)bunga kobis, di potong kecil2
2 batang karot - potong dadu ( kalu rajinlah ) kalau tak potong biasa je... janji boleh masuk mulut
100g tomato sos}
150g cili sos } kalu sape suka masam vrsi versa je lah..
tomato di potong dadu kecil
1 botol 250g sos spaghetti

cara2nya :

- panaskan butter ( dlm 3 sudu makan ) di kuali
- dah panas, gorengkan daging kisar tadi dalm separa masak
- masukkan kesemua bawang2 yg telah dipotong2 tu tadi
- dah tu tepikan sikit daging2 tadi.... tmbahkan sedikit minyak masak dan tumiskan cili giling tadi hingga naik minyak
- kemudian kan gaulkan cili yg dah masak tadi dgn daging2 tadi
- masukkan sayuran2 tadi....
- lepas ni dah senang dah, campurkan sos spaghetti, sos cili, sos tomato
-akhir sekali masukkan nenas tadi
- gaulkan semua hingga rata , letakkan garam, gula secukup rasa.....

laaaa.... lupalak pulak.... spaghetti dalm satu bungkus hendaklah direbus ek......airnya hendaklah dididihkan terlebih dulu, dah didih baru masukkan spaghetti...... spaghetti ni kalau terlalu masak ia lembik tak best... so bila agak2 nampak spaghetti dh mula kembang... kuarkan dlm satu helai tu then picit ( picit eh!!!) kalu senang pecah ( hish fail lah ayat2 aku ni) dah boleh angkat ek....

nak keep d spaghetti lembut dan tak kering, pastikan spaghetti di tutup dgn kain maslin...

dah pun siapppp.... selamat mencuba.......

Sunday, July 3, 2011

Labu Goreng Bercili


I love this dish from small... My mom used to cook the dish whenever I went back for holidays..... so whenever i cook this this as if i'm with my mother......

The dish is very much simple n take only a few minutes:

segenggam ikan bilis
cili padi - ikut suka pedas mana yg u all nak

keduanya ditumbuk bersama, tak perlu lumat....

labu separuh - dipotong kecil ye

tumis tumbukan sehingga naik bau dan kemudian masukkan labu yg telah di potong kecil, kenapa kecil???? agar cepat masaknya.....

gaulkan sehingga semuanya rata dan tutup masakan tersebutfor about 5 - 10 minit saje...

mudah dan x banyak bahannya.....

Selamat mencuba

Saturday, July 2, 2011

PULUT OH PULUT.....

Syukur Alhamdullilah.....mendapat tempahan yg pertama dan kedua bagi pulut kuning pada hari Sabtu yg lepas.... berdebar2, seram dan juga teruja kerana ingin juga kutahu samada aku boleh ke tidak buat kesemuanya sendiri... phuh!!!!

Jam disiapkan agar berbunyi pada pukul 4pg bagi aku membuat persediaan tempahan pertamayg dirancangkan akan di pick up pada pukul 8 pg...mind you, ni kena siap sekali dgn ukiran sayuran / vege craft....... which is my actual challenge!!!!! Can I?

Pagi Sabtu tu bila kusedar dr tidur, ( I was not well for the past 3 days) it was already 5.30am... panic, panic,panic...... what should ido????? TQ Allah kerna mengurniakan aku kekuatan serta keyakinan...... Wallah berjaya!!!! Lega berbaur gembira...... Inilah rupa tempahan pulut kuning berhias pertamaku....




Friday, July 1, 2011

Seperti yang dijanjikan... Mee Bandung Noni's


Kalau you all tgk betul2 resepi yg tertulis ni kan.... ni lebih kepada resepi malas tp nak sedap... boleh????? tiada sukatan sebab kita ni buat ikut suka, jd buat masa ni inilah bahan2nya ye.... Selamat mencuba....

my mee bandung no specific sukatan sbb ikut sedap rasa.... i bg basic je ek u ols ikut byk mananak guna:

sup ayam ( dgn dagingnya sekali)-sup sedap, sedaplah mee bandungnya

tumisan :
cili giling
bawang putih & bwang merah ( di tumbuk halus ek) - kisar x best..byk air
- tumis hingga wangi n naik minyak
- masukkan karot dan btg sawi
- tuangkan sup tadi
_ cili sos
- tomato sos
- sedikit kacang tumbuk
- then dah medidih letakkan udang or other bahan basah if nak
- sayur sawi
- garam & gula
- dah cukup mendidih pecahkan telur ( jgn kacau ek... ) ikut suka berapa biji.....



betul tak akak cakap..... senang kan....

Thursday, June 30, 2011

Soprano sudah kembali..... soprano????? bukan sombrono???

Not even a month... Makan Malam Hari Wanita akan diadakan, dan ianya akan dihadiri oleh Yang Dipertuan Permaisuri Agung ynang anggun jelita... tak sabar rasanya ingin bersua muka dan bersalam dengan tuanku.. mesti korang tanya apa kebende kaitan dinner tu dgn tajuk di atas???? jangan x caya!!!! setelah 28 tahun berlalu, aku kembali menyertai koir... iyeee koir... tak caya? koir yg diwakili oleh persatuan2 NGO atau lebih kepada NWCO....

Ya Allah.. mulanya mcm x leh nk kuar suara,... klu karok aku ok jek ni koir.... koyak aku....tp Alhamdullilah selepas beberapa kali menyanyikan lagu2 yg diberi aku dah mula mendapat lenggok lagu..... tp aku tetap sombrono.. sbb suara soprano ku rasnya dh lama menyembunyikan diri... nanti bila tiba masanya aku akan sabung citer pasal ni ek....

Tuesday, June 28, 2011

Resepi Kerang Rebus


Haaaa.... jangan pandang remeh pada kerang rebus.... salah rebus, isi kerang keras dan dah tak fresh lagi...... Untuk pastikan kerang yg direbus tu lembut dan segar.... first and foremost kenalah beli kerang yang segar...- tak reti2????

Resepi:\

Sekilo Kerang segar ( yg telah dicuci/disental bersih)
potongan halia
potongan bawang merah
dan juga beberapa biji ulas bawang putih yg telah di ketepek ( apa tu???? alaaa yg telah dipenyekkan leer )
1 - 2 batang serai yang telah dititik
garam

rebuskan air ( agak2 3/4 periuk yg besar sket lah... jangan lah pulok guna periuk besar macam nak masak kendhuri)
masukkan semua bahan2 yg disebut di atas... rebus sehingga air dah menggelegak
padamkan api, masukkan kerang.... dalam 5 minit.... dan angkat dan tos....... bolehkan


Sos - nak cepat dan senang gunakan sos ala thai dan perahkan sedikit limau nipis dan taburkan kacang tanah yg telah di tumbuk....... perrrgghhhh sedap babe

kalau rajin:

5 biji cili merah
5 biji cili padi merah
2 ulas bawang putih
1 biji limau nipis
gula
garam
kacang tanah - ditumbuk

kesemuanya ditumbuk lumat... keluarkan dan perahkan limau nipis dan leatk sedikit air masak... sikit je.. asal bagi sosnya cair sikit.... letak gula & garam.... dan taburkan kacang....

Monday, June 27, 2011

Ayam Masak Asam Pedas Johor Style ( actually more to Noni's style... hehehehe )


Wallah.... sedapnya tadi menikmati ayam asam pedas ni dgn rojak petis... masakan yang senang dan simple, cepat dimasak pun ye. Asam pedas ni banyak cara orang masak so kali ni noni akan bagi resepi cara noni masak ek.... cara Johor atau lebih kepada ala Noni..... :


seekor ayam ( dibasuh bersih2... kalau nak buang kulit pun boleh)

Cili kering digiling dgn sedikit garam ( yg ni ikut suka, noni sekali giling 1 kg dan gunakan 3 senduk )
3 biji bawang merah*
7 ulas bawang putih*
4 cm halia *
* dikisar sekali
setangkai serai
daun kesum ( ikut suka banyak mana)
kerisik ( optional )
air asam jawa ( sedap kalu ianya pekat )
gula
garam

Cara2 memasak:

1) Rendamkan dulu ayam tadi dgn air asam yg pekat. ( tips - ayam hendaklah ditenggelami semua dgn air asam)

2) Tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga naik bau dan masukkan serai

3) masukkan cili giling tadi dan biarkan sekejap sehingga pecah minyak

4) Masukkan kesemua ayam ke dalam tumisan tadi dan biarkan sehingga air ayam kelihatan dlam masakan ( ini yg buat masakan lebih sedap babe ) - kacau sekejap2 agar tumisan x melekat di periuk

5) masukkan daun kesum, biarkan sekejap

6) masukkan air asam tadi, biarkan sehingga mendidih

7) kemudian masukkan kerisik, kacau sehingga rata, masukkan pula gula, garam....

dan kalau nak lagi pedas menyengat, taburkan serbuk lada hitam ikut citarasa.....


Wallah./..... senang kan......




Sunday, March 13, 2011

Beriadah di Taman Botani, Shah Alam - 13 March 2011


Lepas berbasikal dan kepenatan kami semua naik bas pula menghala ke Empangan Teh ( warna air sungainya seakan Teh Tarik)...lepas tu makan aiskrim....... memang best lepas tu pulak g makan cendol n laksa utara... sedap sioot









Papa dah plan nak ajak kami ke Taman Botani ni sejak 2 minggu lepas..... budak2 memang dah x sabar......

Waaahhhh!!!! Pagi2 lagi anak2 dah bangun tanpa dikejut especially si adik, Fiqri Hakim...... enjoyz w photos.....