Sunday, July 3, 2011

Labu Goreng Bercili


I love this dish from small... My mom used to cook the dish whenever I went back for holidays..... so whenever i cook this this as if i'm with my mother......

The dish is very much simple n take only a few minutes:

segenggam ikan bilis
cili padi - ikut suka pedas mana yg u all nak

keduanya ditumbuk bersama, tak perlu lumat....

labu separuh - dipotong kecil ye

tumis tumbukan sehingga naik bau dan kemudian masukkan labu yg telah di potong kecil, kenapa kecil???? agar cepat masaknya.....

gaulkan sehingga semuanya rata dan tutup masakan tersebutfor about 5 - 10 minit saje...

mudah dan x banyak bahannya.....

Selamat mencuba

Saturday, July 2, 2011

PULUT OH PULUT.....

Syukur Alhamdullilah.....mendapat tempahan yg pertama dan kedua bagi pulut kuning pada hari Sabtu yg lepas.... berdebar2, seram dan juga teruja kerana ingin juga kutahu samada aku boleh ke tidak buat kesemuanya sendiri... phuh!!!!

Jam disiapkan agar berbunyi pada pukul 4pg bagi aku membuat persediaan tempahan pertamayg dirancangkan akan di pick up pada pukul 8 pg...mind you, ni kena siap sekali dgn ukiran sayuran / vege craft....... which is my actual challenge!!!!! Can I?

Pagi Sabtu tu bila kusedar dr tidur, ( I was not well for the past 3 days) it was already 5.30am... panic, panic,panic...... what should ido????? TQ Allah kerna mengurniakan aku kekuatan serta keyakinan...... Wallah berjaya!!!! Lega berbaur gembira...... Inilah rupa tempahan pulut kuning berhias pertamaku....




Friday, July 1, 2011

Seperti yang dijanjikan... Mee Bandung Noni's


Kalau you all tgk betul2 resepi yg tertulis ni kan.... ni lebih kepada resepi malas tp nak sedap... boleh????? tiada sukatan sebab kita ni buat ikut suka, jd buat masa ni inilah bahan2nya ye.... Selamat mencuba....

my mee bandung no specific sukatan sbb ikut sedap rasa.... i bg basic je ek u ols ikut byk mananak guna:

sup ayam ( dgn dagingnya sekali)-sup sedap, sedaplah mee bandungnya

tumisan :
cili giling
bawang putih & bwang merah ( di tumbuk halus ek) - kisar x best..byk air
- tumis hingga wangi n naik minyak
- masukkan karot dan btg sawi
- tuangkan sup tadi
_ cili sos
- tomato sos
- sedikit kacang tumbuk
- then dah medidih letakkan udang or other bahan basah if nak
- sayur sawi
- garam & gula
- dah cukup mendidih pecahkan telur ( jgn kacau ek... ) ikut suka berapa biji.....



betul tak akak cakap..... senang kan....

Thursday, June 30, 2011

Soprano sudah kembali..... soprano????? bukan sombrono???

Not even a month... Makan Malam Hari Wanita akan diadakan, dan ianya akan dihadiri oleh Yang Dipertuan Permaisuri Agung ynang anggun jelita... tak sabar rasanya ingin bersua muka dan bersalam dengan tuanku.. mesti korang tanya apa kebende kaitan dinner tu dgn tajuk di atas???? jangan x caya!!!! setelah 28 tahun berlalu, aku kembali menyertai koir... iyeee koir... tak caya? koir yg diwakili oleh persatuan2 NGO atau lebih kepada NWCO....

Ya Allah.. mulanya mcm x leh nk kuar suara,... klu karok aku ok jek ni koir.... koyak aku....tp Alhamdullilah selepas beberapa kali menyanyikan lagu2 yg diberi aku dah mula mendapat lenggok lagu..... tp aku tetap sombrono.. sbb suara soprano ku rasnya dh lama menyembunyikan diri... nanti bila tiba masanya aku akan sabung citer pasal ni ek....

Tuesday, June 28, 2011

Resepi Kerang Rebus


Haaaa.... jangan pandang remeh pada kerang rebus.... salah rebus, isi kerang keras dan dah tak fresh lagi...... Untuk pastikan kerang yg direbus tu lembut dan segar.... first and foremost kenalah beli kerang yang segar...- tak reti2????

Resepi:\

Sekilo Kerang segar ( yg telah dicuci/disental bersih)
potongan halia
potongan bawang merah
dan juga beberapa biji ulas bawang putih yg telah di ketepek ( apa tu???? alaaa yg telah dipenyekkan leer )
1 - 2 batang serai yang telah dititik
garam

rebuskan air ( agak2 3/4 periuk yg besar sket lah... jangan lah pulok guna periuk besar macam nak masak kendhuri)
masukkan semua bahan2 yg disebut di atas... rebus sehingga air dah menggelegak
padamkan api, masukkan kerang.... dalam 5 minit.... dan angkat dan tos....... bolehkan


Sos - nak cepat dan senang gunakan sos ala thai dan perahkan sedikit limau nipis dan taburkan kacang tanah yg telah di tumbuk....... perrrgghhhh sedap babe

kalau rajin:

5 biji cili merah
5 biji cili padi merah
2 ulas bawang putih
1 biji limau nipis
gula
garam
kacang tanah - ditumbuk

kesemuanya ditumbuk lumat... keluarkan dan perahkan limau nipis dan leatk sedikit air masak... sikit je.. asal bagi sosnya cair sikit.... letak gula & garam.... dan taburkan kacang....

Monday, June 27, 2011

Ayam Masak Asam Pedas Johor Style ( actually more to Noni's style... hehehehe )


Wallah.... sedapnya tadi menikmati ayam asam pedas ni dgn rojak petis... masakan yang senang dan simple, cepat dimasak pun ye. Asam pedas ni banyak cara orang masak so kali ni noni akan bagi resepi cara noni masak ek.... cara Johor atau lebih kepada ala Noni..... :


seekor ayam ( dibasuh bersih2... kalau nak buang kulit pun boleh)

Cili kering digiling dgn sedikit garam ( yg ni ikut suka, noni sekali giling 1 kg dan gunakan 3 senduk )
3 biji bawang merah*
7 ulas bawang putih*
4 cm halia *
* dikisar sekali
setangkai serai
daun kesum ( ikut suka banyak mana)
kerisik ( optional )
air asam jawa ( sedap kalu ianya pekat )
gula
garam

Cara2 memasak:

1) Rendamkan dulu ayam tadi dgn air asam yg pekat. ( tips - ayam hendaklah ditenggelami semua dgn air asam)

2) Tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga naik bau dan masukkan serai

3) masukkan cili giling tadi dan biarkan sekejap sehingga pecah minyak

4) Masukkan kesemua ayam ke dalam tumisan tadi dan biarkan sehingga air ayam kelihatan dlam masakan ( ini yg buat masakan lebih sedap babe ) - kacau sekejap2 agar tumisan x melekat di periuk

5) masukkan daun kesum, biarkan sekejap

6) masukkan air asam tadi, biarkan sehingga mendidih

7) kemudian masukkan kerisik, kacau sehingga rata, masukkan pula gula, garam....

dan kalau nak lagi pedas menyengat, taburkan serbuk lada hitam ikut citarasa.....


Wallah./..... senang kan......




Sunday, March 13, 2011

Beriadah di Taman Botani, Shah Alam - 13 March 2011


Lepas berbasikal dan kepenatan kami semua naik bas pula menghala ke Empangan Teh ( warna air sungainya seakan Teh Tarik)...lepas tu makan aiskrim....... memang best lepas tu pulak g makan cendol n laksa utara... sedap sioot









Papa dah plan nak ajak kami ke Taman Botani ni sejak 2 minggu lepas..... budak2 memang dah x sabar......

Waaahhhh!!!! Pagi2 lagi anak2 dah bangun tanpa dikejut especially si adik, Fiqri Hakim...... enjoyz w photos.....